TEMPOYAK
Lama nyer tak makan tempoyak ikan patin. Haha biasa la malam-malam macam ni terasa lapar. Ok nia nak bagitau yang tempoyak ni makanan fav nia. Even nia bukan asal dari pahang. Pada awal nyer sekadar mencuba. Tapi sekali cuba bertambah nasi..haha..tapi mak nia tak berapa mahir sangat masak tempoyak ikan patin. Selalunya mak nia pandai masak sambal tempoyak n tempoyak yang ada ulam-ulam 2. Tapi dulu nia pernah pergi camping dekat pahang under PJKN,rakan muda. Kiranya kat situ dorang kasi mak dan ayah angkat. Bila lagi nak merasa duduk kampung yang betul-betul kampung an?So mak angkat memang pandai masak tempoyak ikan patin. Kuah dia..tak payah cakap la memang pergghh...sedap kot. Bertambah nasi tak ingat. Malam-malam pun pergi dapur...tempoyak punya pasal. Haha sampai terjaga family angkat. Dorang ingat siapa la yang nak curi malam-malam buta ni an. Rupa-rupa nyer nia yang tengah buka periuk...hahaAsam Pedas
Sup Ekor
hah yang ni makanan fav nia yang ketiga...iaitu sup ekor. Kalau nak tau setiap kali bila nia demam. Abah nia akan belikan sup ekor ni. Memang sedap...nak-nak bila time demam makan sup ni panas-panas. Tapi sup ni agak pedas sedikit..rasa lemak-lemak sikit dalam kuah nyer. So siapa yang tak tahan pedas or ada gastrik elakkan la makan makanan pedas-pedas macam ni yaw....
Tom Yam
ni makanan fav yang terakhir...memang nia hantu tomyam...mana-mana tempat nia pergi mesti akan order tomyam. Setakat ni tak pernah jumpa tomyam yang betul-betul pedas and masam. Majoriti nyer semua kuah tak pekat macam orang thai buat. Erm agak kecewa,mybe ada tapi nia yang tak jumpa area mana yang ada masakan thai yang betul-betul sedap. Majoriti nyer semua pakai rencah...adess mentang-mentang banyak kemudahan. Sampai nak masak pun guna jalan mudah je an.....ermm...hehe cukup la setakat ni....sekadar berkongsi sahaja. Majoriti makanan fav nia semuanya pedas-pedas belaka. Sehari tak makan masakan yang pedas dan bercili memang tak complete.Tq pada yang membaca :)

No comments:
Post a Comment