Sunday, September 16, 2012

Pelangi senja

hye sahabat yang disayangi,
again nia update blog. Entah kenapa spontan tajuk entry kali ni. Mungkin datang dari jiwa sentimental yang dah lama mendak. Indahkan pelangi? warnanya yang berwarna-warni pengubat kepada jiwa yang diburu rasa kecewa. Alangkah indah andai hidup kita seindah warna pelangi. Ia terlalu indah sehingga jarang kelihatan. Tapi apa kaitan ia dengan senja? Gambaran di atas seperti mengabungkan dua perasaan yang aku lalui sekarang ini. Mengisi kekosongan jiwa yang menangis. 

Apa akan jadi pada dunia ini sekiranya tiada cinta dan kasih sayang?
hati ini seperti mendesak aku untuk mencari segala jawapan. Terlalu memaksa sehingga aku rasa terseksa. 
Perkenalan itu indah tapi perjalanan kisah cinta itu selalu menduga hati kita. Bila memalam macam ni sure kita akan melayani perasaan. Apatah lagi dibuai dengan petikan gitar ataupun lagu yang berkumandang. Entah kenapa bila aku dengar lagu dalam fb sahabat aku munir. Lagu tu terlalu meruntun jiwa membuatkan aku rasa ingin berlari didalam hujan lalu menitiskan airmata selebat hujan yang turun. 

Graf cinta membuatkan aku tertunduk ke tanah. Awan mendung mengelilingi.Lantas aku dibasahi hujan tangisan. Andai diberi peluang ingin sahaja aku bercuti ke eropah. Bentuk muka buminya yang indah seakan memanggil. Seperti disana ada jiwa aku yang selama ini hilang. Tapi apakan daya ia sekadar angan-angan yang tidak mungkin terjadi pada realiti. Kadang-kadang fantasi itu indah. Tapi apabila ia dikejutkan dengan realiti semuanya berakhir.

Friday, September 14, 2012

Harapan pergi bersama kekecewaan

 
Awak..awak..semua! hye (=
maaf semalam tak update blog. Tak berapa nak sehat sangat la lately. Tak pe its ok sebab allah sayang kita sebab tu dia bagi kita sakit. Sebab dia nak ampunkan dosa-dosa kecil kita. So, just say alhamdulillah.
Hah nak taw tak kenapa aku letak pic ni dekat entry kali ini?tau tak apa wajah disebalik tangan tu? ok itu yang aku rasa sekarang ni. Korang pernah jatuh cinta? menyayangi seseorang?  dan anda merasakan dialah sahabat baik anda? kekasih awal dan akhir? whatever! <----macam menyampah je dengar perkataan whatever ni kan. Hehehe....mostly lelaki or kaum adam tak suka dengar ayat ni. So gurl please mind ur word hehe. Aku sekarang dilanda kecewa. Al-maklum la setelah memberi kepercayaan yang 100% dan harapan setinggi langit. Akhirnya jatuh tersungkur ke tanah juga. ADUHH!! sakitnya. 

Apa perasaan korang kalau orang yang korang rasa di adalah soul mate anda yang terakhir?
Parents pula cakap muka seiras, ada jodoh insyallah.
Then if we meet, sure baju sama colour without plan. Tapi entah la. Itu semua tak menjanjikan apa-apa.
Ok aku ni susah nak trust orang. Sekali aku da percaya its mean orang tu memang bertuah. So aku pun tak suka bersangka burok dengan orang. Aku tanya member2 dia tentang sikap sebenar. Alhamdulillah kawan-kawan dye cakap dia memang bukan jenis melayan perempuan or mata keranjang. 
Setelah aku selidik and keluar bersama memang tak ada tanda-tanda yang mencurigakan.
Tapi setelah genap 1 year and few months, aku da dapat jawapan. 

Hati aku berkecai...kalau puzzle sure boleh cantum-cantum lagi. Tapi ni perasaan weyh!
Aku cuba belagak tenang dan call dia. Dia mengaku dan time tu aku tak dapat nak tahan air mata aku. Sebab aku dah lakukan yang terbaik untuk dia. Mungkin aku rasa aku dah lakukan terbaik. Tapi dia??
dia memohon maaf daripada aku. Maaf?? bukan semudah itu. Kata maaf itu belum tentu boleh membina kekecewaan dan harapan yang aku beri selama ini. Aku minta dia lepaskan aku tetapi dia menyatakan hanya aku yang dia sayang. Andai sayang kenapa curang??

One more thing!
satu family aku dah tahu tentang aku dengan dia. Tak pernah aku kenalkan someone yang special seperti aku kenalkan dia. Tapi manusia selalu mensia-siakan sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Once bila semua tu hilang sekelip mata. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Betul tak? kalau korang cakap tak betul. Mungkin korang tak pernah lalui.

Hah korang nak tahu apa perasaan aku?
apa yang aku lakukan?
cinta aku menjadi rapuh. Kepercayaan aku seolah-olah hilang begitu sahaja. Dan aku berhenti berharap. Aku masih dengan dia. Cuma rasa sayang,cinta itu semakin pudar.
Dan mungkin akan terubat dengan masa. Tapi aku tak menaruh segala harapan lagi. Sebab aku selalu berpegang pada kata "Harapan selalu memberikan Kekecewaan" dan ia memang benar. 
Sebab dia punca segala keistimewaan itu hilang dan aku sekadar menganggap dye sebagai teman bukan lagi kekasih. Dan kunci hati aku bukan pada dia lagi.

So pesanan aku buat yang masih cintan cintun tu. Please jangan kecewakan mana-mana pihak. If rasa tak ada komitmen dalam sebarang relationship, better jangan nak bagi harapan or janji palsu (=

Thursday, September 13, 2012

Assalamualaikum semua, hah jawab salam tu dulu. Wajib taw! yang bagi salam itu sunat tapi yang menjawabnya wajib. Hehe...ok lately badan tak berapa nak sehat. Mula-mula demam then kena tonsil. Lastly,asma pula datang menyerang. Payahkan ada asma ni. Tak boleh habuk sikit, tak boleh nak main kucing yang cute tu aishhh. Kalau asma datang automatik suara aku berubah jadi garau. Ni kalau menyamar pergi kacau orang sure dorang semua tak boleh detect sapa yang call. Cakap pasal asma, teringat cerita dari abang teksi yang aku naik dulu. Dia cakap ada asma ni memang bahaya dan korang kena jujur bagitau pasangan korang terutama suami/isteri. Sebab pernah jadi kes si suami ni tak tau yang isteri dye ada asma. Then dorang gado macam mana tah si suami pun naik an tangan tampar si isteri. Si isteri terus tak sedarkan diri dan meninggal. Maybe korang yang baca rasa macam tak logik. Takkan tampar je dah boleh meninggal. Susah nak explain. Sebab da ada dua kes yang kita pernah dengar. Satu yang pasal perempuan yang tengah hang out dengan kawan-kawan dye. Then tiba-tiba muka jadi biru sebab oxygen tak sampai kepala. Satu lagi kes yang tengah famous yang si isteri kena asma sampai lupuh. Then wajah pun berubah. If tak silap aku nama blog dye "WARKAH BUAT ISTERI". Zaman sekarang memang susah nak cari pasangan hidup, yang betul-betul menyayangi kita sepenuh hati sehingga akhir nafas. Kalau ada pun satu dalam sejuta. Betul cakap ustaz azhar idrus "Apa yang kita lihat sebelum kahwin adalah palsu belaka, bila dah kawin itulah yang sebenarnya".  So kawan-kawan tolonglah ambil berat tentang kesihatan orang yang kita sayang. Tak kisahlah sama ada mak ayah, keluarga, sanak saudara, sahabat ataupun insan yang kita cintai. Ambil masa walau sesibuk mana untuk bertanya khabar. Lebih baik prihatin tentang mereka sekarang daripada kita terlambat. Even simple mana pun sakit tu please pergi check up. Tak rugi pun sebab "mencegah lebih baik dari merawat". Yang mana sehat wal afiat tu jangan la nak guna taktik buat-buat sakit dekat kekasih or orang sekeliling untuk dapatkan simpati. Bukan apa setiap yang kita katakan adalah satu doa. Cerita sekadar ingin semua (=

Wednesday, September 12, 2012

Sahabat

Assalamualaikum followers sekalian,
tajuk entry hari ni berkenaan dengan sahabat. Banyak benda yang ingin aku luahkan pada korang semua. 
Kadang-kadang walaupun kita ni cukup sifat tetapi masih banyak kekurangan. Dan kita tidak akan dapat lihat kekurangan itu tanpa ada orang yang menegur dan mengingatkan kita. Aku merasa terlalu rendah diri. Dan aku tidak tahu kenapa semua ini terjadi pada aku. Aku ingin mempunyai sahabat perempuan yang boleh untuk aku berkongsi segalanya. Tapi apakan daya masih tidak aku jumpai. Benar cakap orang sahabat sejati memang sukar dicari. Bila kita terlalu baik pada orang,orang hanya akan ambil kesempatan pada kita. Realiti dunia zaman sekarang hanya bertopengkan rupa tapi hati palsu belaka. Aku berusaha untuk mencari sahabat tapi masih aku tidak jumpa. Ok umumnya aku nak cerita pasal perempuan. Bukan semuanya sama, but most of them. Perempuan bila ada rupa sikit mula akan lupa diri. Mereka rasa kecantikkan mereka boleh menundukkan lelaki sekelip mata. Yeah its true, jarang ada perempuan cantik yang akan merendah diri. Kalau ada sekadar berkata ya tapi hati?perempuan yang cantik mudah mendapatkan apa yang mereka nak tanpa usaha yang gigih. Entah la....macam-macam orang dah aku jumpa. Tapi dalam era teknologi sekarang ni,semuanya hipokrit. Sometimes biar sunyi janji tak dihimpit dengan mereka-mereka yang hipokrit. Perempuan yang ada rupa dan hati yang sangat tulus adalah satu bonus. Perempuan macam ni memang layak jadi idol. Korang yang dah ada sahabat baik hargai yea. Terutama yang dah macam hubungan adik-beradik. Sekali sekala bergaduh its normal. Yela darah daging sendiri pun bertikam lidah. Apatah lagi sahabat. Tapi tak semua orang faham erti persahabatan. Bila tak faham erti persahabatan, itulah punca tiada keikhlasan. If perasan la, satu yang bagus tentang lelaki. Dorang gaduh then cepat baik. Tapi perempuan ambil masa yang begitu lama untuk memaafkan. Entah la, kalau nak cakap jadi perempuan ni complicated itu hanya alasan. Kita tak boleh nak judge selagi kita tak berdiri di tempat mereka. 

Monday, September 10, 2012

Tonsil menyerang lagi


Assalamualaikum semua, 
maaf lama tak update blog ni semakin usang. Kadang-kadang rasa malas je nak update entah apa yang melanda aku pun tak tau. Hari ni nak cerita pasal tonsil. Siapa yang pernah kena? cer kenyit mata sikit. Hehe..hari oneday tak de mood sebab tonsil ni punya hal la. Rasa nak nangis je sakit. Nak cakap pun sakit. Nak telan pun sakit. Memang perit! dalam setahun memang kena berulang kali. Ada sesetengah orang cakap selagi tak buang selagi tu dia akan ada. Tapi masalahnya nak buang kena bedah. Bila bedah mesti ada pisau. Oh sangat mengerikan saya. HEHE...tapi ada pula yang cakap kalau dah buang suara pula jadi halus macam doraemon. Sebab ada sorang member dah melalui saat getir ini. Tapi tak tau la sama ada ianya sekadar ceritan dongeng yang nak menakutkan. Siapa-siapa kalau ada info tentang cara nak hilangkan tonsil tu bagitaw la yea. Seriau pula bila kerap jadi. 

Wednesday, August 8, 2012

penat!

ok serius penat sangat hari ni. Terasa letih sangat. Ok nak story sikit td aku skip terawih sebab nak survey tempat interview. Hari jumaat ni aku interview dekat area cheras. Memang nervous sangat tak taw la ada rezeki ke tidak. Paling kurang dah usaha. Korang please tolong doakan aku yea. Doakan aku dapat kerja ni. Aku da banyak kali kene reject dengan goverment hehe bukan sebab apa. Tapi tak de rezeki,korang faham2 la sekarang ni syarat sume ketat2 then kalau ada orang dalam senang la dapat kerja. Kalau tak de jenuh la merangkak. Tapi yang aku apply ni sektor swasta. Beza la kerja ada goverment and swasta. Sebab swasta ni lebih kepada kerah tenaga kerja. Memang la gaji asyuk tapi tengok pada cara kerja juga. Apa-apapun kerja goverment ni banyak kelebihan masa korang da pencen t..dari segi perubatan dan pinjaman terjamin. Tapi swasta dah tua tak dapat duit pencen hanya bergantung pada kwsp and socso. Tu pun kalo korang sempat merasa duit tu. Tapi paling seronok meniaga la. Merasa la pegang duit. Kalau nak pikir balik peniaga la yang paling untung. Sebab orang yang bekerja under goverment akan habiskan duit pada peniaga juga. Apa-apapun terpulang pada korang. Kalau buat kerja takda minat apapun tak jadi. Usaha ok! jangan harap duit orang lain. Bukan apa,bila kita dah biasa cari duit. Kita tahu susah senang dan kita lebih menghargai. Tak macam budak skola zaman sekarang tau habis duit mak bapak. Nak kamera and gadget mahal2. Kena dapat mak bapak kaya tak pe. Tapi dapat mak bapak yang susah?duit itu hanya keperluan! tapi bukan segala-galanya. Jangan sampai jadi hamba duit ok geng? assalamualaikum

Saturday, August 4, 2012

assalamualaikum ramadhan

Assalamualaikum,

ramadhan singgah lagi. Alhamdulillah kita diberikan kesempatan untuk menyambut bulan ramadhan.Maaf lama tak update blog. Yang masih menanti, terima kasih saya ucapkan. Apa yang saya katakan berkisarkan apa yang berlaku. Anda semua perasan tak, di awal bulan ramadhan. Ramai diantara kita yang update pasal raya di facebook? twitter ? Mungkin bagi anda biasa. Dan mungkin antara anda tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan? Baiklah saya terangkan. Bulan ramadhan adalah sebaik-baik bulan,lebih baik dari 1000 bulan. Tahukah apa kelebihan dibulan ramdhan? dan apakah sejarah terbesar umat islam? dimana bulan ini diturunkan al-quran. Sedih belum sempat kita melayari bulan ramadhan dengan penuh keinsafan,bagai ada yang mahu meninggalkan bulan ramadhan secepatnya. Ianya hanya datang sekali seumur hidup. Dan tidak mustahil ia adalah ramadhan terakhir kita. Belum tentu kita sempat melaluinya pada tahun hadapan. Pernahkah kita terfikir sejenak? Sedangkan kita hanya tidak makan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Kita sudah tidak mampu menahan. Bahkan mereka yang tidak makan? bagaimana pula mereka mampu berpuasa?? kita sudah teruk dari segi akhlak, jangan pula soal akidah kita persiakan! Bercakap dengan orang
buta lagi baik. Kerana mereka dengar pakai mata hati. Bercakap dengan orang celik hanya sia-sia. Mereka dikurniakan akal tapi tidak berfungsi dengan baik. Dikurniakan hati hanya membuta tuli. Sedarlah wahai sahabat, mohon keampunan daripadanya. Banyakkan berdoa. Dia maha mendengar. Dibulan yang penuh barakah ini. Sama-sama kita muhasabah diri.