Saturday, April 30, 2011

hang out bersama umair

ok hari ni memang hari yang paling mngembirakan nia. Even agak penat un,tapi tak kisah la. Hari ni nia kerja awal pagi dalam pukul 8 pagi sampai kol 2 ptg. Sepatutnya weekend ni rehat dekat rumah an. Tapi tak pe lah demi mencari sesuap nasi..hahaha (macam la dah ada laki an). OK lepas habis je kerja balik rumah solat and siap2 g interview. Cadangnya nak buat part time so pergi dengan umair naik  motor. Abes settle interview uh. Tu belum masuk lagi bulan puasa nak buat part time lagi dekat tempat lain. Sesangat la penat...so pas je nia interview. Nia dengan umair terus pergi jalan TAR( Tengku Abdul Rahman). Cadangnya nia nak beli baju raya tapi nia tak pandai nak pilih kain. So akhir sekali cancer cancel rancangan. Kteorg pun pergi la makan dekat semua house. Da si umair ni gaduh lapar!! ok kte org makan la. Tapi time uh si member umair pun ada skali. Adess!! umair time uh dye order lamb chop..nia plak chicken chiom eh silap chicken chop. Then tengah2 makan uh umair tak de selera plak. Banyak songeh tol (hehe jgn mre yea umair). Habis je makan terus gerak. Cadangnya nak g bukit bintang tapi cancel plak lagi. Nak g the curve time uh plak la nak hujan. Lastly kteorang g jalan2 dekat plaza damas..teman umair makan sebab dye cakap dye lapar td tak makan sebab dye kata lamb chop uh tak sedap. So kteorg pilih "one sation cafe" ~~nyummy2...kre ok la lepak kat situ an. Bukan pe at least ada gakla privacy. Lepas settle si umair ni makan,kteorg gerak g karoeke...mentang-mentang semua da gaji an hahaha. Lepas la gian melalak dalam tu..konon nak lepas an tension. Walhal muda agy,problem apa lah sangat an...hehe. Tak pernah-pernah balik lewat tertibe plak malam ni balik lewat. Selalu nyer parenz nia limit before maghrib kena sampai rumah tapi dah over limit la plak. Hehehe "bagi betis nak peha!!" Abis karoeke dalam pukul 11 malam. On the way nak balik uh...ada pulak polis. Perghh yang tak boleh blah uh...polis2 uh naik scrambler!! imagine la semua polis dekat malaysia ni naik scrambler~~pergghh...best giler. Nia and umair kena tahan dengan polis uh...bayangkan kami dikelilingi dengan scrambler. Hahaha kena kepung plak. Polis uh tak de lah saman ke apa sebab kita orang tak de wat salah. Cuma polis uh tnya kteorg g mana n dye cakap "lain kali kalau nak g karoeke calling2 la" haha cam siot je. Papehal hidup scrambler la (^_^). Jam da pukul 11 lebih da sempat agy lepak hartamas dengan solaris. Memang malam ni lah malam paling gila buat nia. Hujung tahun ni pulak nak g holiday"pulau perhentian". Ada siapa-siapa yang nak follow?sila angkat kening macam saya~~haha...ok la takat nie je nak story. Tak de yang menarik un,sekadar berkongsi kegembiraan.

Friday, April 29, 2011

Antara dendam lelaki,curang@cinta??

hye blogger..maaf lama tak update blog. Nia bukan la seorang penulis blog yang tegar yang selalu ada idea dalam penulisan blog. Bila ada masa yang terluang je nia akan isi masa nia dengan menulis blog. Rindu sangat ni n tak sabar nak story. Apa yang cerita ni adalah kisah benar n hope korang jadikan teladan. Mana tau situasi ni berlaku dkat kawan-kawan rapat korang ke an? ok before nia mulakan cerita nia..nama yang nia tulis ni bukan nama sebenar mereka. Ini adalah untuk kebaikan pihak yang berkenaan. Nia ada seorang kawan nama dia tasha. Tasha ni seorang kaki clubbing,smoke,materialistik and agak ramai kawan lelaki. Dye susah nak setia mungkin sebab pernah dikecewakan. Dye ni asal lelaki nak kenal, dye memang tak kisah. Even dye clash...hilang seorang berganti seorang. Esok tengok2 dye bwe bf baru dye jmpe kteorg. Bab tu nia tak kisah lah lagi setiap orang ada peristiwa hitam masing2 or senang citer X-FILES masing2. Tapi yang aku tak suka pasal dye nie sebab dye nie materialistik!! pantang tol la dengan perempuan macam ni. Bak kata perpatah la "disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga". Mana-mana lelaki yang dye kenal sure dye akan tanya lelaki tu ada motor ke keta. Ni aku nak tanya sikit dekat lelaki kat luar sana korang nak ke pompuan yang demand cmnieh? yang mampu and jenis tak peduli tu lain citer. Tapi kalau semua pompuan pandang pada harta lelaki.. habis la dekat malaysia ni kes "andartu" and "antertu" hehe. Abes da bab 1 nia citer pasal si tasha ni.


Ok..sampai la one day ni. Si Tasha ni kenal dengan seorang lelaki yang agak handsome jugak la. Tasha ingatkan lelaki ni betul-betul ikhlas nak dekat dye. Rupanya lelaki ni just nak balas dendam atas apa yang tasha ni dah buat dekat "kaum adam". Tapi tasha ni tak tahu langsung..semua rahsia ni disimpan rapi. Budak lelaki ni nama dye haiqal a.k.a qal. Nia tak kisa kalau budak lelaki ni benar-benar ingin kasi pengajaran pada si tasha uh. Tapi macam mana kalau dari perasaan dendam uh bertukar menjadi sayang dan cinta?gawat nieh!! bukan nyer nia jelez kalau dorang bersatu...tp.....

tp qal tu da ada gf!! dye sayang sangat gf dye tu...tapi masalah nyer gf dye tak tahu yang qal ni couple dengan si tasha. Selalu keluar dengan tasha..balik sampai lewat pagi. Cara qal tu dah nampak macam da mula nak ciyez...everytime bila tasha uh perlukan dye. Sure dye akan luangkan masa dye untuk si tasha uh. Boleh bayangkan x?kalau gf si qal ni dapat tahu macam mne?sure dye kecewa sangat2. Mula la salah faham timbul sebab qal pun tak de explain pape dekat gf dye.

Itu belum masuk lagi ciri2 menantu pilihan mak tasha. Syarat2 nak jadi menantu dye

*kena pandai mengaji
*kena pandai tulis tulisan jawi and baca jawi
*kerja goverment

adess banyak agy syarat2 dye yang tak terlarat nia nak bgtaw. Mak demand nak menantu yang baik...anak demand nak yang berduit...sampai bila pun tak kahwin la macam ni. Tapi dlm al-quran sendiri ada menyatakan "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,dan begitulah sebaliknya". Tetapi andai kata lelaki itu baik dan wanita itu sebaliknya. Mungkin itulah namanya jodoh,dan mungkin itu ujian drpd allah s.w.t. untuk kita.

kesimpulannya: kata da ada kekasih and sayang sangat2 dekat kekasih uh. Tp kenapa perlu ada rasa dendam pd org lain?adakah ini dikatakan curang?pndai2 la korang fikirkan yea. Jangan d'sebabkn nk balas dendam....orang yang anda syg menangis dan terluka.

(nama diatas bukanlah nama sebenar...sekadar kisah untuk kita jadikan teladan)

Saturday, April 23, 2011

emelda rose

sorry sayang sebab nia tak pandai sangat buat poem dalam bahasa inggeris...
still learning...not perfect at all
but 4 u my dearest frenz...im try harder
hope u like it...sorry again syg if ayat i mcm berterabur..
sbb i lme da tak buat poem :)


the most beauty rose that i ever saw
its you...
you got a pretty eyes like a sunshine
you make people still alive around you
when im looking at you..
the beat of my heart come around...
when u lost from my eyes...
im feel like im gonna die..
i dont know y...mybe its hurt to say
u its everything 4 me...
im try to not losing u...
but sometimes i careless
u are my pleassure in the world..
like a star in the sky....
nothink more important
than having u in my heart sygss <3

Beauty

“Beauty  is in the eye of the beholders” declared the poet. Beauty the philosopher added remains in the purity of the heart. Beauty the lover believed remains in the sacrifice that love begets for  Shakespeare declared “A stare of yours is a smile to me, a smile of yours is a weakness in me”.
For the strong willed,beauty comes in the arms in the form of victory,success and outstanding performance. The adventure seekers find beauty in nature challenges and tribulations .
For beauty has no equivalent comparison. The beauty of love is described as “the affairs of the  heart follow no convenient schedule”.

Friday, April 15, 2011

Serba Salah

Ya allah jangan kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya allah bila memang kau coba
Aku percaya kau sayang pada ku

Ya allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzalimiku
Ya allah kaulah maha segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Nia keliru dengan apa yang belaku sekarang ni. Nia pernah dikecewakan...nia faham bagaimana perasaan dikecewakan dan dilukai. Nia tak nak perasaan itu berulang lagi. Nia tak nak digelar perampas sebab nia pun tak suka bila insan yang nia sayangi dirampas oleh orang lain. Hidup ni hukum karma “what goes around,comes around” dan nia tak nak seumur hidup nia dikecam dengan rasa serba salah pada seorang hamba allah yang juga merupakan kaum hawa macam nia. Wahai lelaki diluar sana....bukan senang untuk kita temui cinta sejati.....cinta yang mampu melakar kehidupan kita berwarna-warni. “don’t say you love someone unless you really mean it”......wahai kaum adam tahukah kamu bahawa hati seorang wanita itu begitu lembut, dan kamu sebagai kaum adam peliharalah hati tersebut. Janganlah kamu lukai ianya...sekali seseorang wanita itu menangis...matahari pun tak mampu mengeringkan selautan dalam. Yea walaupun orang berkata “alah beb baru bercinta. Cuma awek je kot..so aku bukanlah milik siapa-siapa. Aku ada hak untuk mencari yang lain”. Yup memang betul...so kalaukorang dah tahu macam tu kenapa berani benar nak declair?seolah-olah korang macam betul-betul  ada komitmen??cer jawab sikit...kot la nia ni salah an?ok tak kisa kalau korang nak kenal dengan mana-mana gurl. Sebab korang memang ada hak. Tapi jangan silap langkah...cara layanan tu betul-betul macam KAWAN, takut nanti  cara korang tu bukan macam kawan tapi seolah-olah macam bagi HARAPAN. Tak ke naya bunyinya....adess kejam-kejam. So wahai kaum lelaki diluar sana...time awek korang ada depan mata tu jaga la baik-baik. Jangan esok bila da tiada tercari-cari macam orang yang hilang arah. Yea nia tau diantara anda sekalian yang nak an awek yang perfect. Actually an kasing saying korang yang mampu buat awek korang dari tak perfect menjadi perfect. Ok la setakat nia je....bye all

Wednesday, April 13, 2011

smiley (^^)

hey buddies,...ok hari ni nia tak pergi kerja. Nia dapat mc dr Hkl..ada masalah kesihatan sedikit. Tapi jangan risau k...doakan untuk nia,nia kne penyakit ni since november 2008 and until now. But life must go on...so sempat lagi nia update blog nia. Sayang gila dengan blog nia, blog ni lah CHENTA.ATY.NIA. So sehari tak update rindu dibuat nyer. Today nia nak cakap pasal senyuman...haha knp senyum?apa yang ada pada senyuman?? ok sesetengah orang lebih ske buat muka serius. Mereka suka orang takut melihat mereka. Senang cerita orang macam ni nak rasa dorang dihormati. Haha...mereka silap...adakalanya sifat mereka ni membuatkan orang menjauh diri. Actually an...nia minat dengan orang yang suka senyum. Sweet je kan??haha tak kisah la orang tu hensem ke tak. Tapi bila seseorang tu da senyum...dia da menjadikan dirinya sangat-sangat perfect!! wow!! sebelum tu kena ingat juga...senyum ada banyak jenis. Nia paling benci pada orang yg ske senyum sinis!! macam la perfect sangat!! selalunya orang yang macam ni dorang fikir dorang lagi bagus dari orang lain. But dorang memang disilap besar. Hehe depend la...setiap orang ada character masing-masing. Mybe ada diantara mereka yang dari kecil lagi berpewatakan macam tu kan?Totally aty nia akan cair pada orang yang ske senyum. Sebab nia ni seorang yang panas baran. So bila nia tengah marah if ada yang senyum comfirm nia jadi cool balik. Melted dengan senyuman..so korang jangan la kedekut untuk senyum dekat nia ok?bukan nia sorang je. Kalau boleh dekat semua orang yang korang kenal. Tak rugi apa-apa pun. Lain la kalau korang senyum,duit dalam account korang kena tolak an?haha...untung taw dengan senyuman je korang da buat orang lain happy and korang pun dapat pahala.. (^^) ok sampai disini je yea. Nia tak nak bebel lama-lama nanti korang bosan dengar nia bebel. Tenz sebab baca blog nia (^^)

Tuesday, April 12, 2011

Tempoyak,Asam Pedas,Sup Ekor dan Tomyam

TEMPOYAK
Lama nyer tak makan tempoyak ikan patin. Haha biasa la malam-malam macam ni terasa lapar. Ok nia nak bagitau yang tempoyak ni makanan fav nia. Even nia bukan asal dari pahang. Pada awal nyer sekadar mencuba. Tapi sekali cuba bertambah nasi..haha..tapi mak nia tak berapa mahir sangat masak tempoyak ikan patin. Selalunya mak nia pandai masak sambal tempoyak n tempoyak yang ada ulam-ulam 2. Tapi dulu nia pernah pergi camping dekat pahang under PJKN,rakan muda. Kiranya kat situ dorang kasi mak dan ayah angkat. Bila lagi nak merasa duduk kampung yang betul-betul kampung an?So mak angkat memang pandai masak tempoyak ikan patin. Kuah dia..tak payah cakap la memang pergghh...sedap kot. Bertambah nasi tak ingat. Malam-malam pun pergi dapur...tempoyak punya pasal. Haha sampai terjaga family angkat. Dorang ingat siapa la yang nak curi malam-malam buta ni an. Rupa-rupa nyer nia yang tengah buka periuk...haha

Asam Pedas
ok ni makanan fav nia yang kedua, iaitu asam pedas...fulamak weyh makan sampai berpeluh. Waaa lapar nyer....hehe dulu masa nia tengah belajar dekat ikm sik kedah..setiap kali balik k.l jer sure mak akan masak lauk fav anak dye nie. Sebab dye tahu anak kesayangan dye ni suka makan apa. Even mak nia bukan asal dari Melaka tapi not bad la rasa asam pedas memang kaw kaw punya. Cukup rasa...sekali makan penangan nyer perghh  tak boleh tahan. Kadang-kadang dapat hirup kuah pun jadi. Sebab rasa masam and pedas dye memang sedap..nyummy,,,nyummy tapi teringin nak rasa orang melaka yang masak. Tak kisah la mahal or tak janji dapat rasa asam pedas yang resipi nyer turun temurun.


Sup Ekor
hah yang ni makanan fav nia yang ketiga...iaitu sup ekor. Kalau nak tau setiap kali bila nia demam. Abah nia akan belikan sup ekor ni. Memang sedap...nak-nak bila time demam makan sup ni panas-panas. Tapi sup ni agak pedas sedikit..rasa lemak-lemak sikit dalam kuah nyer. So siapa yang tak tahan pedas or ada gastrik elakkan la makan makanan pedas-pedas macam ni yaw....


Tom Yam
ni makanan fav yang terakhir...memang nia hantu tomyam...mana-mana tempat nia pergi mesti akan order tomyam. Setakat ni tak pernah jumpa tomyam yang betul-betul pedas and masam. Majoriti nyer semua kuah tak pekat macam orang thai buat. Erm agak kecewa,mybe ada tapi nia yang tak jumpa area mana yang ada masakan thai yang betul-betul sedap. Majoriti nyer semua pakai rencah...adess mentang-mentang banyak kemudahan. Sampai nak masak pun guna jalan mudah je an.....ermm...hehe cukup la setakat ni....sekadar berkongsi sahaja. Majoriti makanan fav nia semuanya pedas-pedas belaka. Sehari tak makan masakan yang pedas dan bercili memang tak complete.
Tq pada yang membaca :)

Saturday, April 9, 2011

Boyish Girl



Hye all....hari ni nia nak cakap pasal wanita yang berpewatakan lelaki. Nia pilih topik ni hari ni sebab ianya juga ada kaitan dengan nia. Ramai yang salah sangka dengan perempuan yang style nyer macam lelaki. Bila ramai yang salah faham,mula la timbul pelbagai spekulasi yang tak berasas. Yea ada sesetengah yang berpendapat first impression itu sangat penting. Memang benar tapi tanpa mengenalinya kita tidak tahu perkara sebenar. Contohnya, bila kita nak beli sebuah buku..bukan daripada kulitnya tetapi dari isinya. Kalau sekadar kulitnya cantik tapi input nyer kurang ianya tidak bermakna. Kalau tidak tiada keluar perpatah "don't judge a book by its cover"
am i right? huhu...mungkin personaliti mereka sahaja begitu. Tapi tidak semua perempuan yang character nyer macam lelaki adalah lesbian. Mungkin dari segi pemakaian,pergaulan,percakapan mereka sahaja seperti lelaki. Kadang ianya berlaku bukan atas salah siapa-siapa. Kalau kita nak cakap pasal punca mungkin banyak. Antaranya, dalam keluarga majoriti adik beradik mereka lelaki. Ada yang dari kecil majoriti kawan-kawan mereka adalah lelaki. Susahlah kalau dalam hidup ini semua berfikir dari yang sudut negatif. Orang kata kalau dah namanya perempuan,perempuan juga. Itu memang benar,tidak dapat dinafikan. Seganas mana pun perempuan tu, sekasar mana pun perempuan tu. Sifat penyayang dan lembut itu tidak akan lari...kemanjaan seseorang wanita itu akan terlihat bila ianya menitiskan air matanya. Mereka tetap seperti wanita yang lain...cuma pembawakan watak mereka agak berlainan. Sekeras-keras kerak nasi akan lembut akhirnya. Mungkin makan masa untuk berubah. If one day dorang da kahwin pun, da jadi seorang ibu takkan la still dengan pewatakan 2 an?lain la dengan pergkid...mereka tottally da mengubah segala ciptaan allah....bernafsu songsang. Itu memang kita tidak boleh lakukan apa-apa. Apa yang penting banyak an berdoa..memang betul orang kata kalau nak berubah datang dari diri sendiri!! Tapi kalau masyarakat sekeliling hanya tahu mengata tanpa mencari punca masalah dan jalan penyelesaian memang tidak ada gunanya. Hanya dosa mengata dan mengumpat orang je dapat. Kerja kumpul saham kat akhirat tempah neraka. Maaf andai kata-kata nia membuatkan sesetengah individu atau kelompok terasa. Apa yang baik datang dari allah...apa yang kurang datang dari diri nia sendiri. Nia sekadar berkongsi pendapat..setiap orang mempunyai pendapat masing2 :)
                               *hehe terima la  maaf dari saya (Nia Rahman)

Friday, April 8, 2011

Give up

ok...today nia nak cakap pasal give up. Nia nak berkongsi sedikit apa yang nia lalui tidak seperti yang nia harapkan. Nia seorang insan biasa yang mempunyai perasaan. Nia da give up dalam soal cinta. Zaman sekarang ni da kurang lelaki, tapi bersepah jantan. Nia tak cakap semua lelaki macam tu. Tapi most of them memang begitu. Sanggup menabur janji, bersumpah diatas al-quran untuk membuktikan keikhlasan hati tapi itu semua hanya sandiwara semata-mata. Hebat benar permainan dunia...sampai aku menjadi mangsa untuk dikecewakan. Yea benar pengalaman memberi kita tunjuk ajar tetapi bukan senang nak melupakan kenangan yang menghimpit diri,memakan jiwa. Ketulusan,keikhlasan dianggap seperti mainan. Dia insan yang bernama (lelaki) menjadikan cinta seperti bermain congkak. Semuanya seperti diatur...cuma kalah dan menang menjadi taruhan. Tanpa rasa bersalah...tanpa merasa malu...demi ego yang bermaharaja lela...sanggup ketepikan sifat EHSAN yang ada pada diri. Sampai bila? maafkan aku....disebabkan seorang insan yang bernama lelaki,aku menjadi seorang yang agak prejudis terhadap lelaki. Ini adalah sekadar butir bicara dari aku...insan yang pernah terluka dan dikecewakan. Maaf andai kata-kata dari aku ini membuat sesetengah individu berasa sensitif dengan statement aku. Tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. Sekadar berkongsi apa yang aku rasa.

Wednesday, April 6, 2011

Scrambler

hehe..hari nia nak cerita pasal scrambler...tak tahu kenapa nia jadi sasau and tak tentu arah bila tengok orang lalu naik scrambler. Actually bukan tengok orang yang bawa scrambler 2 tapi tengok dia punya scrambler je. Depend la pada individu...ada yang minat vespa..vespa memang ok!! but tak kena dengan jiwa nia. Vespa ni sesuai dengan orang yang berjiwa cool n steady je. Tapi sekarang ni kita cakap pasal scrambler so lupakan vespa kejap..hehe. Minat!! minat and minat!! dengan scrambler...tp tgk jenis scrambler jugak. Contohnya macam scrambler kat atas ni...ada gaya,nmpak ranggi je beb..seksi yaw...haha nak beli tak mampu. Dapat tengok pun da kira ok la an. Rasa macam jatuh cinta dekat scrambler je. Tapi nia bersyukur sangat pernah gak merasa naik scambler. Daripada orang lain mungkin tak dapat merasa langsung. Nia tiada motif untuk menunjuk or berbangga..cuma ingin berkongsikan rasa syukur nia pada yang ESA. <3
Lambat pun lambat la kalau ada rezeki nia nak beli la..haha tak salah an simpan angan2 even kita tak pasti ianya mampu menjadi kenyataan ataupun tidak :)

Tuesday, April 5, 2011

Hair style


hye guyz :)
sorry sebab lama tak update blog ni. Mungkin disebabkan simptom2 malas melanda diri ini. Hari ni nia nak cakap pasal hair style yang nia minat and teringin sangat nak buat. Contohnya macam gambar dekat atas ni...perghh...smart kowt. Bosan la asyik rambut panjang je an. So time 2 change (^^) ramai jugak yang kurang setuju dengan cadangan nia. Tapi nia ni degil, selagi tak dapat apa yang nia suka or nak mesti ada je yang nia x puas hati..hehe...1 day nanti nia sure akan buat jgak hairstyle yang macam ni. Kawan nia ada bagi tahu nia tempat yang sesuai nak buat rambut macam ni ada dekat Bukit Bintang. Nia memang excited sangat...bukan atas pengaruh siapa-siapa tapi ni semua atas kehendak diri nia sendiri. wish me luck ok <3