Saturday, April 9, 2011

Boyish Girl



Hye all....hari ni nia nak cakap pasal wanita yang berpewatakan lelaki. Nia pilih topik ni hari ni sebab ianya juga ada kaitan dengan nia. Ramai yang salah sangka dengan perempuan yang style nyer macam lelaki. Bila ramai yang salah faham,mula la timbul pelbagai spekulasi yang tak berasas. Yea ada sesetengah yang berpendapat first impression itu sangat penting. Memang benar tapi tanpa mengenalinya kita tidak tahu perkara sebenar. Contohnya, bila kita nak beli sebuah buku..bukan daripada kulitnya tetapi dari isinya. Kalau sekadar kulitnya cantik tapi input nyer kurang ianya tidak bermakna. Kalau tidak tiada keluar perpatah "don't judge a book by its cover"
am i right? huhu...mungkin personaliti mereka sahaja begitu. Tapi tidak semua perempuan yang character nyer macam lelaki adalah lesbian. Mungkin dari segi pemakaian,pergaulan,percakapan mereka sahaja seperti lelaki. Kadang ianya berlaku bukan atas salah siapa-siapa. Kalau kita nak cakap pasal punca mungkin banyak. Antaranya, dalam keluarga majoriti adik beradik mereka lelaki. Ada yang dari kecil majoriti kawan-kawan mereka adalah lelaki. Susahlah kalau dalam hidup ini semua berfikir dari yang sudut negatif. Orang kata kalau dah namanya perempuan,perempuan juga. Itu memang benar,tidak dapat dinafikan. Seganas mana pun perempuan tu, sekasar mana pun perempuan tu. Sifat penyayang dan lembut itu tidak akan lari...kemanjaan seseorang wanita itu akan terlihat bila ianya menitiskan air matanya. Mereka tetap seperti wanita yang lain...cuma pembawakan watak mereka agak berlainan. Sekeras-keras kerak nasi akan lembut akhirnya. Mungkin makan masa untuk berubah. If one day dorang da kahwin pun, da jadi seorang ibu takkan la still dengan pewatakan 2 an?lain la dengan pergkid...mereka tottally da mengubah segala ciptaan allah....bernafsu songsang. Itu memang kita tidak boleh lakukan apa-apa. Apa yang penting banyak an berdoa..memang betul orang kata kalau nak berubah datang dari diri sendiri!! Tapi kalau masyarakat sekeliling hanya tahu mengata tanpa mencari punca masalah dan jalan penyelesaian memang tidak ada gunanya. Hanya dosa mengata dan mengumpat orang je dapat. Kerja kumpul saham kat akhirat tempah neraka. Maaf andai kata-kata nia membuatkan sesetengah individu atau kelompok terasa. Apa yang baik datang dari allah...apa yang kurang datang dari diri nia sendiri. Nia sekadar berkongsi pendapat..setiap orang mempunyai pendapat masing2 :)
                               *hehe terima la  maaf dari saya (Nia Rahman)

No comments:

Post a Comment