Wednesday, August 8, 2012

penat!

ok serius penat sangat hari ni. Terasa letih sangat. Ok nak story sikit td aku skip terawih sebab nak survey tempat interview. Hari jumaat ni aku interview dekat area cheras. Memang nervous sangat tak taw la ada rezeki ke tidak. Paling kurang dah usaha. Korang please tolong doakan aku yea. Doakan aku dapat kerja ni. Aku da banyak kali kene reject dengan goverment hehe bukan sebab apa. Tapi tak de rezeki,korang faham2 la sekarang ni syarat sume ketat2 then kalau ada orang dalam senang la dapat kerja. Kalau tak de jenuh la merangkak. Tapi yang aku apply ni sektor swasta. Beza la kerja ada goverment and swasta. Sebab swasta ni lebih kepada kerah tenaga kerja. Memang la gaji asyuk tapi tengok pada cara kerja juga. Apa-apapun kerja goverment ni banyak kelebihan masa korang da pencen t..dari segi perubatan dan pinjaman terjamin. Tapi swasta dah tua tak dapat duit pencen hanya bergantung pada kwsp and socso. Tu pun kalo korang sempat merasa duit tu. Tapi paling seronok meniaga la. Merasa la pegang duit. Kalau nak pikir balik peniaga la yang paling untung. Sebab orang yang bekerja under goverment akan habiskan duit pada peniaga juga. Apa-apapun terpulang pada korang. Kalau buat kerja takda minat apapun tak jadi. Usaha ok! jangan harap duit orang lain. Bukan apa,bila kita dah biasa cari duit. Kita tahu susah senang dan kita lebih menghargai. Tak macam budak skola zaman sekarang tau habis duit mak bapak. Nak kamera and gadget mahal2. Kena dapat mak bapak kaya tak pe. Tapi dapat mak bapak yang susah?duit itu hanya keperluan! tapi bukan segala-galanya. Jangan sampai jadi hamba duit ok geng? assalamualaikum

No comments:

Post a Comment