Saturday, August 4, 2012

assalamualaikum ramadhan

Assalamualaikum,

ramadhan singgah lagi. Alhamdulillah kita diberikan kesempatan untuk menyambut bulan ramadhan.Maaf lama tak update blog. Yang masih menanti, terima kasih saya ucapkan. Apa yang saya katakan berkisarkan apa yang berlaku. Anda semua perasan tak, di awal bulan ramadhan. Ramai diantara kita yang update pasal raya di facebook? twitter ? Mungkin bagi anda biasa. Dan mungkin antara anda tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan? Baiklah saya terangkan. Bulan ramadhan adalah sebaik-baik bulan,lebih baik dari 1000 bulan. Tahukah apa kelebihan dibulan ramdhan? dan apakah sejarah terbesar umat islam? dimana bulan ini diturunkan al-quran. Sedih belum sempat kita melayari bulan ramadhan dengan penuh keinsafan,bagai ada yang mahu meninggalkan bulan ramadhan secepatnya. Ianya hanya datang sekali seumur hidup. Dan tidak mustahil ia adalah ramadhan terakhir kita. Belum tentu kita sempat melaluinya pada tahun hadapan. Pernahkah kita terfikir sejenak? Sedangkan kita hanya tidak makan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Kita sudah tidak mampu menahan. Bahkan mereka yang tidak makan? bagaimana pula mereka mampu berpuasa?? kita sudah teruk dari segi akhlak, jangan pula soal akidah kita persiakan! Bercakap dengan orang
buta lagi baik. Kerana mereka dengar pakai mata hati. Bercakap dengan orang celik hanya sia-sia. Mereka dikurniakan akal tapi tidak berfungsi dengan baik. Dikurniakan hati hanya membuta tuli. Sedarlah wahai sahabat, mohon keampunan daripadanya. Banyakkan berdoa. Dia maha mendengar. Dibulan yang penuh barakah ini. Sama-sama kita muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment