Tuesday, May 24, 2011

confused?

yaw blogger,my follower,my sygss n my everything(^_^)
Nia update again and again blog nia yang makin merepek ni. Kesian follower nia yang setia terpaksa baca cerita yang mengarut tentang diri nia.
Now korang kena buka mata besar-besar and baca pe yang nia nak share.
Stand by la candy or pape makanan ringan dekat sebelah korang at least tak de la bosan sangat sebab korang ley nguyah. 

Penat gila hari ni...mata pun da nak tertutup da.
Muda-muda dah cepat penat an...esok dah tua macam mana la an?
ok nia nak start cerita satu demi satu apa yang berlaku pada hari ni.
Masa dekat tempat kerja tadi dua situasi yang tak boleh blah blaku

*Nia an kerja  as a pembantu doktor,nia ingat nak ambil duit balance patient then imagine apa yang nia nampak dekat duit yang bernilai rm10?
ada tertulis something dekat duit rm1o uh
*sayang kamuuu*
adess tah patient mana la yang salah bagi duit ni
tah awek dye bg ke siapa tah.

*ada pulak orang yang nia kenal datang dekat tempat yang nia kerja. Budak yang dulu nenek nia ajar ngaji.
Dye datang dengan abang dye. Its ok la nia wat macam tak kenal. Then ada pulak seorang kakak ni panggil nia datang dekat tempat register patient. kakak tu cakap dekat nia "wa hensem la budak uh"
eh2 kakak ni....haha nak kenalkan nia dengan budak uh pulak. Nia wat tak tahu la~~
nak2 hari ni kena pakai baju kurung. Terpaksa la belagak macam ayu kalau tak big boss mara nia juga yang kena. Tak dinafikan la that guy memang hensem. Kening tebal,dekat tangan urat timbul cam gangster pun ada.    
Nia bukan "control ayu" tapi "control macho". Haha muka ganaz tapi nia seorang yang permalu. Even kadang-kadang ada lagak macam lelaki. So,sementara dua beradik uh nak ambil ubat dowang dok sembang berdua. 

abang: eh ni bukan cucu nenek yang ajar kita ngaji tu ker?
adik: a'ah la dekat rumah dye dulu la kita belajar ngaji~~(bla bla bla~~nia pun tak dengar sangat pe dowang cakap sebab nia tak berani nak pandang muka dowang)

lepas dah siap ubah adik dye semua nia pun panggil la..

Nia: a****(panggil nama)
abg: psstt...dye da panggil ko da uh...cepat la
adik: ok ok....(sambil pandang aku)

aduss cuak gak nia time tu nak tak nak kena juga explain satu persatu dekat si A ni.
Boleh pula time nia nak ambil ubat masuk an dalam plastik,dye tersentuh tangan nia.
Kakak dekat sebalah nia ley pulak senyum-senyum.
Malu tak payah cakap la beb.

Habis je kerja nia turun k.L jap.
Nia teringin nak makan waffle tapi tak ada...mengidam sangat ni. Da hampir sasau dibuat nyer haha...Mybe esok kowt ner tahu ada rezeki an. Balik naik motor dengan abah.
Hampir-hampir nak eksiden,abah bawa laju sangat erm. Risau la dengan usia abah yang macam ni bawa motor macam uh.

Then lepas maghrib uh...nia dapat tazkirah percuma dari abah. Adess~~

ABAH: Wa sekarang ni dah tak ada masa dah dengan abah. Abah nak sembang dengan wa pun da tak dapat da. Wa busy dengan kerja....weekend pun sama. Wa jangan la keluar malam da,duduk rumah rehat.

NIA: mana ada la abah,,ok2 abah nak sembang pew wa dengar..~~hehe
(menjawab je keje aku an)

ABAH: bukan apa,kita hidup ni ada garis panduan. Dalam al-quran ada 30 juzuk,dalam tu ada macam-macam cerita. Da keluar malam-malam time tu siapa je yang selalu kuar. Siang kita kerja,malam kita rehat la. Sebab tu allah jadikan malam dan siang. Kata syaitan tu musuh kita...tapi kita ikut cara dye. Dalam hidup ni kita ada garis panduan sebagai manusia,jin and syaitan. Masing-masing ada  garis panduan. Allah jadikan kita hamba-NyA dan allah tahu kekurangan kita. Tak baik buat mak abah susah hati dan "MURKA"

NIA: MURKA?MURKA?sambil tergelak-gelak dengan statement ayah nia

ABAH:  ye lah MURKA...sekali sekala nak jadi RAJA.
wa an PUTERI

Nia: hahaha (gelak dengan nada perasan) wa PUTERI?HAHA

ABAH: (gelak melayan kerenah anak bongsunya)

Lepas beberapa second,nia keluar jap. Adess baru  lepas kena tazkirah dah buat balik. Agaknya kena baca talqin dekat telinga baru insaf kot. Bukan pe kawan nia nak share problem. So nia perlu dengar segala keluhan member nia yang terpendam uh.

Siapa member nia tu tak perlu tahu la. Nia tak suka pakai nama sebenar. 

Kawan nia ni baru kenal dengan seorang budak lelaki. Nia rasa dorang kenal dah genap sebulan.
Itu terlalu awal untuk fall in love. Dalam masa sebulan macam-macam boleh jadi. Sebab tu orang cakap dalam masa sesaat kita boleh jatuh cinta dekat seseorang. But adakah sesaat itu yang dikatakan cinta sejati atau sekadar mainan cinta?

Nia tak berani kata apa sekadar meluahkan pendapat. Sebab nia pun harap sangat apa yang berlaku dalam life nia takkan berulang lagi. Ok sambung balik cerita kawan nia tadi. Dowang memang nampak terlalu mesra even belum declair. Orang cakap persis macam "teman tapi mesra".
Dan hari berlalu demi hari...putik-putik cinta mula mekar dihati mereka. But kawan nia still keliru dengan apa yang dye rasa. Rasa sayang mula terbit, tapi keegoan mngetepikan apa yang dye rasa.

Risiko yang ditanggung oleh kawan nia mereka satu tempat kerja. Malam kemarin member nia tanya nia sama ada perlu atau tidak dye menerima lelaki itu?
nia pun buntu sebab nia masih was-was dengan tindakan lelaki itu. Sebab bagi nia terlalu awal masa yang diambil untuk terima seseorang. Belum tentu cinta yang bertahun-tahun itu akan kekal dan orang yang kita sayang kita akan dapat hidup bersama dye. Am i ryte dear ? (^_^)

Then one day, member nia tergerak hati nak tengok phone that boy. Bayangkan perasaan member nia time tu bila buka dekat contact number ada tiga no phone yang that guy tulis
*my sygss
*my wife
*my honey

oh shit!!! so member nia yang ke berapa??yang ke-4?
Duhai lelaki kenapa dah ada girlfriend still nak mengaku single?
Lelaki "anda memang hebat" kerana mampu mencairkan wanita dengan "perwatakan" dan "bicara manis mu".
Mybe sebab tu la lelaki senang dapat permission untuk kahwin lagi an!!

Now member nia jadi keliru. Dye tak mahu melukai hati gf that boy. Yela kita perempuan mesti faham apa yang perempuan rasa bila orang yang dye sayang diambil orang an. Bohong la anda akan merelakanya berlaku. At least anda akan try untuk perbaiki setiap perhubungan tu.

Cinta itu buta?atau orang yang menilai cinta itu yang buta?
mencintai?dicintai?atau TER-cintai?
belajar dari pengalaman yang lepas membuatkan seseorang tu berfikir.
Kadang-kadang kita cukup mudah bermain dengan perasaan sendiri. 
Once we take to fall in love with someone,means kita berani untuk terima segala risiko.
Lelaki please alert dengan apa yang berlaku.
Lelaki sekali lagi anda memang hebat...."sejauh mana ego seorang wanita anda boleh runtuhkan ia dengan permainan emosi. Dan keegoan anda masih menebal dalam diri. Masih kukuh berdiri dilandasan hati."


*sekadar bicara di laman tinta halusinasiku nia*


2 comments: