Sunday, May 15, 2011

sedih ):


Comel an pics diatas...now kita bukan nak citer pasal pics diatas. Nia tak tahu kenapa malam ni nia emo sangat. Tiba-tiba nia terkenang dengan apa yang nia lalui. Rasa kecewa dan sakit hati sangat. Nia tahu nia banyak buat salah. Nia tahu nia tak perfect...nia tak boleh nak gembirakan hati semua orang. Nia tahu perasaan seorang ibu mesti risau bila anaknya asyik balik lewat je. Fikiran nia bercelaru sangat saat ini,nia perlukan seseorang untuk nia luahkan apa yang terpedam selama ini. Hanya blog curahan hati nia,mybe ramai yang menganggap orang yang cerita semua dalam blog,macam tak de life. Bagi nia tak semestinya macam tu. Nia rasa inilah cara terbaik untuk nia berkongsi cerita walaupun majoritinya member yang baca adalah dari alam maya je.

Ada benda yang nia rahsiakan dari semua orang. Kadang-kadang kita tak perlu nak bercerita terlalu detail. 
Hak masing-masing dalam menentukan life masing-masing. Yea nia seorang yang keras kepala and degil. Tak bermakna nia tak fikir langsung tentang diri nia. Tadi nia pergi masjid wilayah,nia solat dekat sana. Nia pun ada berfikir bila nia nak berubah sepenuhnya. Menutup aurat seperti yg dituntut dalam islam. Bila nia nak menjadi wanita solehah yang sejati. Bukan nia tak fikir semua tu,nia fikir. Sampai bila nia nak hidup dengan cara macam ni? Kenapa perubahan pada diri nia terlalu mendadak?nia pun tak ada jawapan untuk semua persoalan tu.

Nia harap sangat tahun 2011 lebih membawa erti dalam hidup nia. Berbanding dengan 2010 yang banyak memberi kelukaan dihati nia. Tak siapa yang tahu berapa peritnya yang nia lalui dalam hidup nia. Senyuman yang nia berikan hanya sementara sebab nia tahu air mata kelukaan akan mendahului senyuman itu. 

ya allah mampukah aku sebagai hamba-Mu 
sujud dan patuh pada arahan-Mu?
mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Berikan aku sedikit kekuatan
agar aku dapat mengharungi segala dugaan 
yang kau berikan padaku

Malam ni aku rasa down sangat...rasa macam totally lost siapa diri aku sebenar.
Abah ada berpesan pada nia
"HIDUP SESUKA HATIMU,
SESUNGGUHNYA KAMU PASTI AKAN MATI.
CINTAILAH SESIAPA YANG KAMU SUKAI,
SESUNGGUHNYA KAMU PASTI AKAN BERPISAH DENGANNYA.
LAKUKANLAH APA SAJA YANG KAMU KEHENDAKI,
SESUNGGUNYA KAMU AKAN MEMPEROLEHI BALASANNYA.
INGATLAH DALAM SETIAP KESUKARAN ITU,
AKAN ADA KESENANGANNYA."

Nia tahu apa yang abah cuba sampaikan pada nia. 
erm k la nia out dulu.
Malam ni nia moody la. 
Maafkan nia wahai blogger tersayang.
sayang kamu selamanya (blogger) <3

1 comment: