Hari ni hati aku bagaikan tidak keruan. Lalu jari jemari lantas membicarakan kata hati. Seakan masa berhenti seketika disaat jiwa aku merintih. Gemuruh degupan tanpa henti...aku keliru apa yang berlaku sekarang ini. Perlukah aku meluahkan pada seseorang?oh tidak!! lebih baik aku belajar menyimpan apa yang tersirat dalam hati beku ku ini. Gugupan demi gugupan ku pertahankan..ujian demi ujian ku atasi. Dan aku tahu ianya tak seperti yang ku sangkakan "kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya gerimis yang yang mengundang".
Nak cakap tentang kesempurnaan,memang tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Kenapa setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan?bahagia?tidak!! Aku percaya jika ada bahagia ianya hanya menyinggah sementara. Dan aku bagaikan insan yang dahaga dipadang pasir mengharapkan ada insan yang sudi menghulurkan bantuan. Harus bagaimana lagi hendak aku terangkan satu persatu agar ada insan yang mengerti. Tapi aku tahu ianya hanya sandaran..adakah kata-kata itu datang dari hati? adakah segala tindakan itu benar menepati fitrah insani?kekusutan yang melanda tak pernah terjawab. Aku menangis dalam hujan, agar tiada siapa yang melihat. Titisan demi titisan jatuh dipipi...aku bukan seorang pujangga yang mampu memberi seribu kata manis dan janji. Aku ingin melihat dikau bahagia,bahagia seperti insan lain. Aku cuba membuat engkau tersenyum tapi aku gagal. Kenapa cepat give up,kenapa tak percaya pada diri sendiri? dikau berkata tiada yang menyayangi dirimu. Tapi aku?siapa aku sebenar dihatimu?baru ku sedar kewujudan ku bagaikan tidak di endah. Rupanya kau tidak menyedari ada insan yang menyayangi dirimu. Aku kecewa kerna kau tidak cuba untuk selami hati ini. Hidup seperti mengikut arus sungai,yang kita sendiri tidak tahu mana arahnya. Mencuba sesuatu yang belum pasti,mustahil untuk kita kecapi. Kecundang dengan mimpi sendiri. Hrmmm (aku mengeluh lagi)...ku renung satu persatu...tapi seakan tiada perasaan dan aku bagaikan tidak boleh berfikir. Kemana perginya senyuman itu?ku cuba selami diri ini.
aku : tapi sampai bila harus aku lalui semua penderitaan ini?sampai bila?adakah aku tidak layak untuk mendapat kebahagiaan seperti orang lain?
Bosan untuk aku perkatakan benda yang sama berulang kali. Sering dikecewakan dengan perasaan sendiri. Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
Alasan wanita bila nak putuskan hubungan
- maafkan saya, saya tak boleh nak teruskan lagi hubungan kita. Makin hari makin hambar je. Kita kerap bergaduh seperti tiada lagi persefahaman diantara kita. Lagipun saya tengok awak kurang berikan saya perhatian mungkin awak dah jumpa seseorang yang lagi better dari saya.
Alasan lelaki bila nak putuskan hubungan
- maafkan saya, saya rasa ini je cara yang terbaik untuk kita berdua (padahal bukan untuk kita berdua tp untuk dia seorang je). Saya tak nak kecewakan awak dan saya tak nak sakiti hati awak lagi. Saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya tak layak untuk awak, Awak layak untuk dapat yang lebih baik dari saya.
ermm...pelik,pelik dan sangat pelik~~~
kenapa pada awal perkenalan tak pernah terfikir langsung semua ini?kenapa baru sekarang nak fikir "layak ke aku dengan dye?" kenapa?begitu senang menyebut sayang, begitu senang meluahkan kata-kata tanpa memikirkan kesan pada pendengarnya. Andai wanita beraksi sebagai lelaki,mempunyai ego yang tinggi. Kelak binasa bumi ini,kerna fitrah alam tidak seperti asalnya. Seakan bumi tidak lagi berada dipaksinya. Tak perlu untuk aku berbicara lagi,semuanya seakan terpatri. Tiada yang dapat mengubah sesuatu yang terjadi. Hanya bersandarkan pada pengalaman memberikan seribu pengertian.
- maaf andai ada kata-kata nia buat anda terasa. Nia sekadar berbicara....andai anda yang kurang senang. Anda boleh dropkan comment anda. Dan nia cuba belajar dari kesilapan nia sendiri. Setakat nia je nia update. If ada cadangan pape just bagi tau nia k. TQ pada yang sudi membaca and tak bosan-bosan jadi follower blog nia (:
No comments:
Post a Comment